Madu Lebah
Firman Allah Ta’ala “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”(Surah An-NAhl: 69). Sabda Rasulullah S.a.w. “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” Riwayat Ibnu Majah
Madu Lebah dan / Khasiat Madu Lebah
Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
a. Penyembuh Yang Mujarab
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.
b. Kuasa Mencerdaskan Otak
Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.
c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria
Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;
Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”
Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi: Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika. Beta Karoten Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah:
- Membekalkan tenaga segera,
- Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga
- Membantu melawaskan sistem pencernaan
- Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
- Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
- Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
- Mengurangkan parut
- Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Beberapa soalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat tentang madu lebah asli seperti:-
1- Adakah lebah peliharaan juga menghasilkan madu lebah Asli?
Jawapannya: Lebah yang dipelihara juga dikira madu lebah asli selagi mana ianya tidak dicampur dengan benda lain seperti air gula dan seumpamanya selepas tuaian.
2- Adakah lebah peliharaan yang diberi air gula juga dikira madu asli?
Jawapannya: Madu lebah yang diberi air gula juga boleh dikira madu asli jika cukup syaratnya namun kandungan zat dari pokok yang diambil oleh lebah mungkin tidak wujud. Namun ianya masih dikategorikan sebagai sebagai madu lebah asli yang rendah mutunya, namun jauh lebih baik dari madu lebah tiruan yang mengandungi 100% gula kasar. Sedangkan madu lebah yang diberi gula mengandungi gula kasar yang sedikit kerana lebah berfungsi menukar gula kasar kepada gula ringkas melalui enzim yang terhasil dalam perutnya.
3- Adakah madu lebah asli kampung lebih baik dari madu lebah asli peliharaan yang tidak diberi air gula?
Jawapannya: Madu lebah asli berbeza kandungannya mengikut jenis pokok yang diambil oleh lebah seperti madu dari pokok nenas, kelapa, getah, gelam dan madu hutan. Namun mengkut kajian dari HUSM, madu lebah gelam dan madu tualang hampir sama kandungannya. Disini boleh dibuat pertimbangan dari mana madu lebah kampung itu diperolehi. Adakah dikawasan pokok gelam, atau di kawasan pokok apakah? Namun yang perlu dipersoalkan ialah mcm mana kaedah perahan madu oleh penuai? Kebanyakan pencari madu kampung/hutan tidak mempunyai teknologi mengasingkan anak-anak lebah dari sarang dan perahan madu tersebut termasuk sekali dengan anak serta telur lebah. Ini boleh menyebabkan madu tersebut mempunyai rasa masam sedikit dan tidak boleh disimpan lama. Jadi disini mungkin boleh dikatakan bahawa madu lebah peliharaan yang tidak diberi air gula adalah lebih baik.
anda mungkin berminat dengan ini klik gambar untuk info
JUS QASEH ADINDA
.
Minuman kesihatan istimewa dengan ramuan pati kurma, madu, zaitun, tiin, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh, pegaga dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran wanita. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa !
dan
JUS QASEH KEKANDA
Minuman kesihatan istimewa dengan ramuan madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa !
anda mungkin berminat