Friday 6 January 2017





Rio De Janeiro: Sebahagian besar daripada sekurang-kurangnya 33 banduan yang terbunuh dalam rusuhan di sebuah penjara di Roraima, utara Brazil, semalam, mati dalam keadaan mengerikan.
AFP melaporkan, gambar yang dirakam polis menunjukkan mayat mangsa yang dipenggal kepala dan anggota badan selain kesan tetakan yang mengerikan.
Lantai dan dinding penjara dipenuhi darah dengan mayat bergelimpangan di lorong laluan dalam Penjara Monte Cristo di negeri Roraima.
Kejadian semalam, berlaku beberapa hari selepas 56 banduan terbunuh dalam rusuhan di dua penjara lain di Amazonas.
Menurut AP, dalam kenyataan semalam, Setiausaha Jabatan Kehakiman berkata, semua banduan berkenaan mati dalam rusuhan sepanjang malam di Penjara Monte Cristo.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kejadian itu namun semua mangsa dibunuh menggunakan senjata tajam, tidak membabitkan senjata api.
Menurut polis, pihaknya sudah sudah dikerah ke penjara itu dan keadaan kini terkawal.
Pembunuhan itu berlaku apabila satu kumpulan dipercayai anggota satu kumpulan pengedar dadah menyerang kumpulan lain.
Penjara Monte Cristo itu, yang terbesar di Brazil dengan 1,400 banduan, menempatkan anggota kumpulan Red Command, kumpulan pengedar dadah yang amat berkuasa di Rio de Janeiro.
Sebahagian besar mangsa yang terbunuh ialah anggota kumpulan saingan, First Capital Command yang berkuasa di Sao Paolo.
Dalam kejadian di penjara di Manaus, Amazonas, selama 17 jam