Tuesday, 14 February 2012

Madu Lebah 

 






 









Firman Allah Ta’ala “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”(Surah An-NAhl: 69). Sabda Rasulullah S.a.w. “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” Riwayat Ibnu Majah

 

Madu Lebah  dan  / Khasiat Madu Lebah

Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
a. Penyembuh Yang Mujarab
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

b. Kuasa Mencerdaskan Otak
Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.
c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria
Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;
Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”
Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi: Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika. Beta Karoten Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah:

  1. Membekalkan tenaga segera,
  2. Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga
  3. Membantu melawaskan sistem pencernaan
  4. Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
  5. Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
  6. Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
  7. Mengurangkan parut
  8. Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Beberapa soalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat tentang madu lebah asli seperti:-
1-   Adakah lebah peliharaan juga menghasilkan madu lebah Asli?
Jawapannya: Lebah yang dipelihara juga dikira madu lebah asli selagi mana ianya tidak dicampur dengan benda lain seperti air gula dan seumpamanya selepas tuaian.
2-   Adakah lebah peliharaan yang diberi air gula juga dikira madu asli?
Jawapannya: Madu lebah yang diberi air gula juga boleh dikira madu asli jika cukup syaratnya namun kandungan zat dari pokok yang diambil oleh lebah mungkin tidak wujud. Namun ianya masih dikategorikan sebagai sebagai madu lebah asli yang rendah mutunya, namun jauh lebih baik dari madu lebah tiruan yang mengandungi 100% gula kasar. Sedangkan madu lebah yang diberi gula mengandungi gula kasar yang sedikit kerana lebah berfungsi menukar gula kasar kepada gula ringkas melalui enzim yang terhasil dalam perutnya.
3-   Adakah madu lebah asli kampung lebih baik dari madu lebah asli peliharaan yang tidak diberi air gula?
Jawapannya: Madu lebah asli berbeza kandungannya mengikut jenis pokok yang diambil oleh lebah seperti madu dari pokok nenas, kelapa, getah, gelam dan madu hutan. Namun mengkut kajian dari HUSM, madu lebah gelam dan madu tualang hampir sama kandungannya. Disini boleh dibuat pertimbangan dari mana madu lebah kampung itu diperolehi. Adakah dikawasan pokok gelam, atau di kawasan pokok apakah? Namun yang perlu dipersoalkan ialah mcm mana kaedah perahan madu oleh penuai? Kebanyakan pencari madu kampung/hutan tidak mempunyai teknologi mengasingkan anak-anak lebah dari sarang dan perahan madu tersebut termasuk sekali dengan anak serta telur lebah. Ini boleh menyebabkan madu tersebut mempunyai rasa masam sedikit dan tidak boleh disimpan lama. Jadi disini mungkin boleh dikatakan bahawa madu lebah peliharaan yang tidak diberi air gula adalah lebih baik.

anda mungkin berminat dengan ini klik gambar untuk info
JUS QASEH ADINDA

. 
 
Minuman kesihatan istimewa dengan ramuan pati kurma, madu, zaitun, tiin, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh, pegaga dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran wanita. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa !

dan
 JUS QASEH KEKANDA

 
Minuman kesihatan istimewa dengan ramuan madu, zaitun, tiin, kurma, za'faran, habbatus sauda', air zam-zam, gingko biloba, sireh dan berbagai herba terpilih khusus untuk kesihatan dan kekuatan dalaman dan luaran lelaki. Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrien dan zat penting. Dihasilkan dengan piawaian Amalan Pengilangan Islam untuk memelihara kesucian rohani produk. Kehebatan yang pasti terasa !

anda mungkin berminat

 

Sunday, 15 January 2012

Wardina Disamun

 Wardina Disamun


 pasti  anda ada terbaca atau terdengar berita mengenai ikon terkenal Malaysia iaitu Wardina Safiyyah telah disamun di rumahnya baru-baru ini. Anda boleh membaca mengenai kejadian tersebut di laman web Facebook beliau di sini.
Ia merupakan satu pengalaman yang mengerikan untuk keluarga beliau. saya doakan semoga mereka semua dapat bersabar di dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T
 banyak imfo  dan ilmu bermanafaat yang telah beliau kongsikan di dalam artikel beliau mengenai kejadian tersebut. Saya sarankan anda membacanya sendiri untuk mengetahuinya.



Saya tertarik kepada satu kenyataan di dalam perkongsian Wardina mengenai kejadian tersebut iaitu:
“Seorang lagi rakannya (maksudnya pencuri tersebut) berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku.”


Cuba kita renungkan kenyataan Wardina di atas. Adakah kita sendiri mempunyai tanggapan yang sama dengan Wardina tentang ilmu dan buku buku? 
Bagi Wardina, buku itulah hartanya kerana ia mengandungi banyak ilmu.bermanafaat
Cuba kita lihat diri kita sendiri, adakah kita mempunyai tanggapan yang sama?
Jika sama, Alhamdulillah. Jika tidak sama, anda boleh berusaha agar dapat mencapai tanggapan yang sama.
Sudah semestinya ilmu yang telah Wardina perolehi daripada kesemua buku yang telah dibacanya jauh lebih bernilai daripada semua wang dan harta yang dimilikinya.
Dengan ilmu yang kita miliki, wang dan harta boleh dicari semula. Tetapi jika ilmu itu tidak ada atau hilang, maka sudah pasti kita tidak boleh mencapai satu kedudukan yang lebih baik daripada sebelumnya di dalam kehidupan kita.
Tanggapan yang sama seperti Wardina perlu kita sematkan di dalam dada samaada anda seorang usahawan pelajar atau apa saja status anda, Kita perlu sentiasa mengejar ilmu sebagai “harta” kita.
untuk dapat ilmu. Perlu ada usaha untuk mencari dan mempelajarinya agar kita boleh menguasainya.dengan sempurna


Terdapat banyak cara untuk menimba ilmu kita sanggup membelanjakan ribuan ringgit untukdapat kan nya 

cara yang paling mudah dan murah adalah dengan membaca buku. Terdapat beribu-ribu buku di pasaran yang boleh memberikan ilmu kepada kita.samada buku berbentuk fizikal atau digital
, sudah terdapat banyak buku maya yang boleh kita beli dan baca secara online dalam format pdf. Format baru ini memudahkan kita untuk menimba ilmu daripada buku dengan mudah walaupun di mana jua kita berada.
Lebih banyak kita membaca, maka akan lebih bertambahlah pengetahuan kita.
Dengan bertambahnya pengetahuan kita, maka ia akan memudahkan kita untuk bertindak.
Dengan bertindak, maka pintu kejayaan akan lebih dekat kepada kita.
, dengan perkongsian ringkas ini, saya berharap kita semua   akan terus menimba ilmu melalui buku di dalam usaha  untuk mencapai kejayaan di dalam dunia yang.mengcabar sayamendoakan kejayaan
untuk kita semua khas nya kaum muslimin dan muslimat Salam hormat dan salam ukhwah,semoga dilindungi allah dari segala gejala buruk!wassalam

Monday, 2 January 2012

Ayat Kursi tangani gangguan makhluk halus

 jom shoping hanya disini aneka produt dalam 1, mudah,jimat,selamat.

 



AYAT KURSI TANGANI GANGGUAN  MAKHLUK HALUS




 Jangan terlalu emosi dan takut pada hantu mengatasi ALLAH,

, orang ramai khususnya umat Islam tidak perlu takut kepada hantu kerana ia adalah jelmaan iblis, syaitan atau jin dan semua­nya itu adalah makhluk ALLAH.
. Kita tidak perlu gusar atau takut, mungkin apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH tetapi kita perlu ikhtiar dengan bergantung kepada ALLAH TAALA.



“Kejadian diganggu hantu sepatutnya menjadikan kita lebih dekat pada ALLAH dan lebih banyak muhasabah diri,”

 kemungkinan kejadian sihir atau gangguan iblis, syaitan atau jin tetapi dalam bentuk jelmaan, untuk menakutkan orang apabila dilihat.
 jelmaan yang wujud dalam pelbagai bentuk itu tidak perlu ditakuti.

“Apa yang penting, kita perlu kuatkan iman. Kalau kita takut, iman kita mungkin masih lemah. Kita perlu ada kekuatan dalaman bagi mengatasi perkara yang boleh melemahkan iman kita,” .

, bagi mengatasi masalah gangguan makhluk halus, umat Islam boleh membaca ayat Kursi dan ayat-ayat al-Quran yang lain.

Secara fitrah , amalan ayat 3 Qul dibaca sebelum tidur untuk menghalang gangguan, iaitu dengan menghembus atau meniup bacaan itu pada seluruh tubuh.



Thursday, 29 December 2011



FRO DAN KONTRA BERSARA UMUR 60


Kebanyakan golongan muda, termasuk dari sektor swasta dan awam membantah cadangan melanjutkan umur persaraan pekerja swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang.


Mereka menyifatkan usaha itu sebagai mengarut, menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkat kadar pengangguran, masalah sosial dan jenayah serta memperlihat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), badan yang diamanah untuk menjaga simpanan lebih lapan juta pencarum, tidak mempunyai wang dan mempunyai agenda sendiri.
Menaikkan kadar umur persaraan juga bagi mereka dilihat memberi lebih banyak kesan negatif kepada ekonomi negara berikutan produktiviti tenaga pekerja lanjut usia semakin menurun dengan kerajaan dan pembayar cukai terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi.
Sehubungan itu, mereka menggesa golongan berkenaan meluangkan sisa masa yang ada bersama keluarga dan ibadat harian.
………………………………………………………………….
maklum balas berkenaan melalui laman sosial Facebook juga memberi mesej sekiranya cadangan untuk menggubal undang-undang baru itu yang dikenali Akta Umur Persaraan Sektor Swasta tidak diteliti semula, ia pasti memberi kesan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.


Seorang pembaca, Ghazali Hussin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melayan kehendak golongan berkepentingan termasuk KWSP, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menyokong usul berkenaan yang jelas menjejas peluang golongan muda mendapat peluang kerja atau kenaikan pangkat.


Kesian anak-anak muda, ada ijazah tapi tidak dapat peluang kerja. Datuk Seri Najib jangan ikut sangat sambung umur persaraan, ia ada kesan pada pengundi muda pada PRU-13 nanti, katanya sebagai mengulas laporan KWSP berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang.
Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol dilaporkan berkata perlanjutan umur persaraan itu diharap diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober


Berikutan kenyataan itu, ramai memberi reaksi dengan menuduh KWSP mempunyai kepentingan tertentu serta mempersoal kewibawaan badan itu yang tidak mengurus dana pencarum secara berhemah dengan menawarkan pulangan dividen yang tinggi berbanding institusi lain meskipun mencatat keuntungan besar.


Azhar Rosli berkata, walaupun alasan diberikan KWSP agak munasabah, namun ia akan menambah masalah pengangguran sedia ada.


Lanjut umur bersara 58 tahun atau 60 tahun adalah sesuatu yang mengarut, pada saya jika hendak dinaikkan kadar umur persaraan, mulakan dengan umur 56 tahun dulu serta selesaikan masalah pengangguran dengan lebih terperinci, katanya.

h

Thursday, 17 November 2011

 

 

 

 

Umat Islam Kemboja bangkit daripada kedaifan


Ramai yang pintar melanjutkan pelajaran ke Malaysia, jadi timbalan menteri dan YB

UMAT Islam di Kemboja hari ini nampaknya mula bangkit selepas dicengkam kekejaman rejim Pol Pot. Selama empat tahun Kemboja (1975-1979) di bawah pemerintahan komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot, kira-kira setengah juta rakyatnya, Islam atau bukan, dewasa, wanita dan bayi dibunuh.
Itulah kekejaman komunis yang sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia untuk bersama bersyukur kerana masih bebas mengamalkan ajaran Islam secara aman dan damai. Pemerintahan komunis Khmer Rouge membunuh sesiapa saja yang beragama.
Malah dikatakan wujud perkampungan di Kemboja yang bukan saja tiada manusia hidup selepas kemasukan askar Khmer Rouge, bahkan haiwan juga tiada lagi bernyawa kerana semuanya dibunuh kejam oleh komunis Khmer Rouge.

Program Kembara Korban Bersama Penyampai IKIMfm pada 4 hingga 8 November lalu, 80 peserta rombongan berpeluang melawat lokasi bersejarah seperti tempat seksaan Toul Sleng (asalnya sekolah terkenal di tengah kota Phnom Penh) dan padang di pinggir kota Phnom Penh yang dipanggil ‘Killing Field’ (Padang Pembunuhan).

Di celah padang itu masih tertegak sebatang ‘pohon pembunuh’ yang digunakan askar komunis Phnom Penh untuk membunuh bayi dan anak kecil. Andai kata pokok itu boleh berbicara, pasti diceritakan bagaimana askar Khmer Rouge menghayunkan kepala bayi dan anak kecil ke pokok itu hingga tidak bernyawa.

Pasti menangis kesedihan pohon itu kerana kekejaman manusia. Pohon menangis bukan suatu yang asing dalam tradisi Islam kerana dalam sirah Nabawiyyah pernah menyebut bagaimana sepohon batang kurma yang pernah dijadikan tempat Rasulullah SAW berkhutbah menangis.
Diriwayatkan dari Abdullah ibn Umar: “Suatu ketika dulu Nabi SAW berkhutbah di atas sebatang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun menangis (dalam satu riwayat lain, kami mendengar seperti suara unta menangis). Maka Nabi SAW mendatanginya sambil meletakkan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya).” – (Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Di depan ‘pohon pembunuh’ itu juga bayi dibunuh dengan cara dilambung tinggi di udara lalu dilepaskan tembakan ke arah mereka oleh askar yang tiada peri kemanusiaan. Bayi tidak bernyawa itu kemudian disepak ke dalam satu lubang besar menempatkan mayat bayi tidak berdosa itu.

Apabila ditanya kepada pemandu pelancong kenapa askar Khmer Rouge sanggup memperlakukan sedemikian, jawab mereka, askar Kemboja itu tidak berhati perut.

Inilah yang dikatakan bagaimana besar pengaruh sesuatu ideologi terhadap manusia sehingga boleh menjadikan manusia hilang kewarasan akal apabila ketaksuban menguasai diri. Pemikiran askar itu telah dibasuh untuk mencapai matlamat ideologi komunis melahirkan masyarakat sama rata. Lantaran itulah Islam menyeru umatnya supaya bersederhana dalam setiap perkara kerana itulah yang terbaik.

Rombongan IKIMfm turut bertandang ke Kampong Keh dalam daerah Kampot, kira-kira 150 kilometer dari Phnom Penh. Perigi masih menjadi sumber utama air dan bekalan elektrik sekadar cukup untuk menerangi ruang utama rumah serta kawasan strategik lain.

Bilik darjah di sekolah masih menggunakan meja panjang dan bangku yang sekadar saja. Namun, mereka tetap tabah menuntut ilmu walaupun ada di sesetengah tempat di Kemboja khabarnya kelas diadakan di bawah rumah bertiang tinggi.

Anak Kemboja ramai yang pintar sehingga ada berjaya melanjutkan pelajaran ke Malaysia. Di sinilah pentingnya kerjasama umat Islam dalam membantu saudara seagama atas dasar peri kemanusiaan. Inilah sumbangan kerajaan Malaysia memberi pendidikan kepada umat Islam di negara penganut Islamnya minoriti.

Bagaimanapun, di sebalik kedaifan itu, ramai anak Kemboja berjaya bangkit serta bersaing dan ada sudah menjawat jawatan Timbalan Menteri, wakil rakyat, ada juga menjadi usahawan berjaya.

Melalui kerjasama IKIMfm dan EZQurban SdnBhd, 26 ekor lembu dikorbankan untuk majlis Korban di Kampong Keh yang diagihkan kepada penduduk termasuk di perkampungan Islam di luar Kampong Keh.

Ada yang bertanya kenapa perlu menyembelih binatang korban hingga ke Kemboja? Umat Islam di sana hanya menikmati daging lembu apabila ada pihak menganjurkan majlis korban dan kesempatan itu turut digunakan pasangan untuk melangsungkan perkahwinan serta mengadakan kenduri.