Saturday, 4 June 2011
konflik anak remaja/menangani ibu suka berleter
konflik anak remaja
SEMEMANGNYA zaman remaja penuh dengan konflik sama ada bersama keluarga atau rakan. Malah, konflik antara remaja dan ibu bapa sering berlaku kerana dua generasi memandang kehidupan dari sudut berbeza.
Ibu bapa melihat apa yang dilakukan anak seperti tidak penting namun tidak bagi remaja yang melihatnya dari pandangan sebagai orang muda.
Contohnya ada remaja yang hanya ingin menjalin persahabatan dengan rakan. beliau melihatnya sebagai satu proses normal namun bagi ibu ia satu ‘ masalah’ hingga menyalurkan ketegangan emosi itu melalui caranya sendiri seperti mengawal ketat pergerakan atau membebel.
Ahli psikologi berpendapat peringkat awal menjadi remaja konflik hubungan antara mereka dan ibu bapa mulai tegang.
Banyak faktor yang penyebab antaranya ibu bapa tidak mahu atau kurang memahami perkembangan dan keinginan, pemikiran dan proses kematangan yang dilalui remaja.
Malah, sikap ego ibu bapa yang menganggap mereka lebih berpengalaman juga antara faktor penyumbang.
Sikap ibu yang selalu menyuruh anak anak belajar didorong rasa prihatin dan bimbangnya mengenai masa depan anak anak mereka Cuma caranya mungkin tidak kena di hati anak remaja kerana ibu melakukannya melalui paksaan atau leteran yang menyakitkan telinga.
anda boleh mengambil usaha dengan berbincang dari hati ke hati dengan ibu. Beritahu ibu isi hati anda namun lakukannya dengan nada lembut supaya ibu tidak tersinggung.
Luangkan juga masa dengan ibu kerana mungkin dia juga berkecil hati kerana anak anak mungkin juga sudah tiada masa dengannya atau lebih menumpukan kepada rakan.
pemuda yang berbakti pada ibu
Dalam satu kesah diceritakan nabi sulaiman sedang mengembara hingga tiba disebuah lautan yang sedang bergelora baginda memerintahkan angin supaya tenang supaya lautan menjadi tanang kemudian baginda memerintahkan jin ifrid supaya menyelam kedasar laut
Didasar laut jin ifrid melihat sebuah kubah yang diperbuat daripada permata putih jin ifrid mengankat kubah kepermukaan laut untuk di tunjukkan pada nabi sulaiman baginda hairan dengan memohon kepada aiiah baginda membuka penutup kubah baginda terperanjat apabila melihat saorang pemuda berada di dalamnya baginda bertanya siapa enkau jin atau manusia aku manusia jawab si pemuda bagaimana enkau boleh mendapa kemuliaan seperti ini
Diceritakan ibunya dulu telah tua dan tidak berdaya dialah yang menjaga kebajikan ibunya megendong ibu nya ke mana saja dia pergi di atas bati siana suibu selalu mendoakan di antara doanya adalah supaya anaknya diberi rezki dan semoga anaknya ditempatkan disatu tempat istimewa yang tiada didunia dan tiada dilangit
Setelah ibu meninggal aku bersiar siar di tepi pantai dan terlihat sebuah kubah diperbuat daripada permata aku mendekati dan terbukalah pintu kubah dan aku masok ke dalamnya
Begitulah kehebatan pahala bagi orang yang berbakti kepada ibu
,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment